Balai Seni Negara
Balai Seni Negara

Balai Seni Negara

Balai Seni Negara (atau BSN) (dahulunya: Balai Seni Visual Negara) yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.Berikut adalah kementerian-kementerian yang pernah menaungi pentadbiran Balai Seni Lukis Negara:Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Visual Negara Malaysia dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.Dalam usaha untuk mempromosi kesedaran dan penghargaan seni dalam kalangan setiap golongan masyarakat, objektif utama Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.